7 Tips Memulakan Perniagaan Internet

June 15, 2011

Bisnes

Jika anda ingin memulakan perniagaan internet tiada masa yang lebih baik daripada sekarang. Dengan harga broadband yang semakin murah dan wujudnya keyakinan pengguna terhadap membeli-belah dalam talian (online shopping), teramat rugi jika anda tidak memulakan perniagaan internet anda sendiri. Di dalam artikel ini ZL akan berkongsi sedikit ilmu yang ZL ada dalam perniagaan internet dan memberikan anda sedikit tips bagaimana anda dapat memulakan perniagaan internet anda sendiri. Berikut merupakan 7 Tips Memulakan Perniagaan Internet:

1. Belajar Asas Perniagaan Internet

Jika anda ingin memulakan apa-apa sekalipun anda haruslah mempunyai ilmu terutama sekali dalam perniagaan internet. Mulakan dengan membaca asas perniagaan internet dan jangan toleh kebelakang lagi. Mulakan sahaja perniagaan anda dengan asas yang anda pelajari dan dari situ anda mula belajar sedikit demi sedikit sehingga anda menjadi pakar dalam bidang yang anda ceburi. Anda tidak perlu mengkaji dari A sampai Z sekaligus kerana mungkin akan membuatkan anda hilang tumpuan ataupun lebih teruk lagi, tidak mula langsung!

2. Membuat Perancangan Produk

Sebelum anda memulakan perniagaan internet anda haruslah membuat perancangan tentang jenis perniagaan internet yang anda ingin lakukan. Adakah anda ingin menjual produk fizikal ataupun digital (seperti ebook dan sebagainya)? Adakah anda ingin menawarkan servis seperti design ataupun menulis artikel? Buat perancangan rapi tentang produk-produk yang anda ingin tawarkan melalui internet dengan itu anda akan menjadi lebih fokus.

3. Ketahui Kos Yang Mungkin Ada

Memang tidak dapat dinafikan kos untuk memulakan perniagaan internet secara “home based” sangat rendah jika di bandingkan dengan kos memulakan perniagaan secara fizikal di mana perniagaan secara fizikal memerlukan kedai dan sebagainya. Tetapi anda harus ingat, kos ini boleh datang dalam dua bentuk, pertama adalah wang dan yang keduanya adalah masa.

Bagi mereka yang mempunyai wang mereka boleh menjimatkan masa mereka dengan mengupah orang lain untuk membina laman web dan sebagainya tetapi jika anda kekurangan bajet, kos yang perlu anda tanggung adalah masa untuk mempelajari perkara teknikal sebelum memulakan perniagaan anda.

Anda perlu bijak untuk mengimbangi keduanya, jika sesuatu itu perlu di outsource kerana anda tidak mempunyai kepakaran seperti design website dan sebagainya, upah sahaja sesiapa untuk melakukannya manakala jika ia mudah, lakukan sahaja sendiri bagi menjimatkan kos anda.

4. “Tahu” Perkara Teknikal

Adalah sangat penting bagi seorang usahawan internet untuk sekurang-kurangnya tahu perkara asas yang bersifat teknikal seperti setup hosting, domain name dan sebagainya. Ini kerana ia akan membuatkan anda kehilangan bajet lebih pantas dari air mengalir jika semua perkara seperti ini anda ingin outsource (upah).

Perhatikan pilihan perkataan yang saya gunakan iaitu perkataan “tahu” bukan “pakar”. Anda tidak perlu menjadi pakar dalam perkara ini, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu serba sedikit. Contoh perkara teknikal yang anda perlu tahu adalah, cara install blog wordpress, cara konfigurasi domain dan server, cara untuk setup email dan sebagainya.

5. Rancang Waktu Kerja Anda

Jika anda ingin memulakan perniagaan internet secara part time anda haruslah merancang waktu kerja anda dengan efisien. Ini kerana tanggungjawab utama anda adalah untuk menyudahkan terlebih dahulu kerja anda, barulah anda fokus kepada perniagaan internet anda. Rancang kerja anda dengan baik supaya anda ada masa untuk membangunkan perniagaan internet anda. Pastikan anda gunakan masa yang diperuntukkan untuk perniagaan anda sebaiknya untuk mendapatkan hasil yang anda mahukan.

6. Rancang Kewangan Anda

Walaupun perniagaan internet secara home based secara zahirnya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi namun terdapat kos-kos sampingan yang mungkin menyebabkan dompet anda kering, lebih-lebih lagi jika anda baru bermula. Rancang kewangan anda dengan baik sebelum anda mulakan perniagaan anda. Letakkan sedikit wang sebagai “tabung kecemasan” untuk menyiapkan diri atas sesuatu yang tidak dijangka. Mungkin anda memerlukannya untuk membayar kos pengiklanan dan sebagainya. Yang penting anda perlu bijak mengurus wang anda.

7. Take Action! (Mulakan!)

Anda mungkin teruja untuk mempelajari sebanyak mungkin tentang perniagaan internet. Anda pun membaca pelbagai blog dan panduan yang boleh anda cari. Walaupun tidak salah tetapi ia boleh menyebabkan anda mengalami “information overload” dimana anda mengetahui terlalu banyak perkara sehingga anda tidak tahu bagaimana hendak bermula. Apa yang saya cadangkan melalui pengalaman adalah supaya anda mulakan sahaja setelah anda mengetahui asas. Gunakan konsep “buat sambil belajar” dimana perkataan itu saya reka sendiri :)

Itulah dia 7 Tips Memulakan Perniagaan Internet yang boleh saya kongsikan. Jangan lupa share artikel ini menggunakan butang dibawah. Assalamualaikum.

Subscribe

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

One Response to “7 Tips Memulakan Perniagaan Internet”

  1. Harfiz@Bizstudent Says:

    Terima kasih atas perkongsian yang menarik ni! :)

    Reply

Leave a Reply

*