Tuesday, June 21st, 2011 at
9:59 am
Jika anda pertama kali melawat blog ini, sila klik butang "Like" dibawah untuk menerima hebahan/update terbaru blog ini melalui Facebook:
Rasa takut, cemas, gugup dan gelisah ketika menaiki kapal terbang merupakan perasaan yang dialami oleh mereka yang mengidap Aviophobia, sejenis fobia menaiki pesawat yang dialami oleh 64 peratus perempuan dan 36 peratus lelaki (mengikut sumber The New York Times).
Ketakutan ini bukan sahaja menimbulkan kegelisahan kepada penghidapnya, malah turut menggangu hidup mereka yang terpaksa berhadapan dengan masalah apabila mereka tidak dapat menaiki kapal terbang untuk urusan kerjaya mereka. Baca keseluruhan artikel ini
Monday, June 20th, 2011 at
7:06 am

Wah seronoknya dapat bercuti! Segala kelengkapan telah disiapkan. Senarai tempat yang perlu dilawati juga telah lama tertulis dalam buku nota. Didalamnya terdapat juga senarai barang-barang yang dikirim oleh sahabat dan saudara-mara. “Percutian kali ini pasti menjadi suatu pengalaman yang terindah”, kata-kata itu terpacul dari mulut Karim tanpa dia sendiri sedari, mungkin kerana terlalu gembira.
Tiba di lapangan terbang KLIA dialah orang pertama yang berlari kearah tempat letak troli. Memang teruja sungguh! Karim pun menolak troli yang sarat berisi pakaian dan sedikit makanan untuk menjadi bekalan ketika di negara orang nanti. Dia dapat “check in” tanpa banyak halangan. “Hari ini hari bertuah aku kot, tak ramai orang”. Baca keseluruhan artikel ini
Monday, June 13th, 2011 at
4:12 pm

Taman Negara yang pernah dikenali sebagai King George IV National Park, merupakan tempat pelancongan semulajadi terbesar di Malaysia. Ia di wartakan sebagai Taman Negara sejak 1938 dan merupakan kawasan semulajadi yang masih “dara” kerana dijaga rapi. Seluas 4,343 kilometer persegi Taman Negara meliputi 3 negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Di dalam artikel ini ZL akan berkongsi beberapa maklumat mengenai Taman Negara, sedikit tips dan beberapa aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disana. Di harap ia boleh menjadi satu destinasi yang mungkin tersenarai di dalam perancangan anda ketika cuti nanti
Baca keseluruhan artikel ini
Wednesday, June 8th, 2011 at
11:01 am

Pada mulanya saya bercadang untuk menamakan artikel ini “20 masjid tercantik di dunia yang mungkin anda tidak tahu”, tetapi selepas saya fikir semula, rasa bersalah membanding-bandingkan rumah Allah ini. Lalu saya menukar tajuk kepada “20 masjid cantik yang mungkin anda tak tahu.”
Bagi kita umat Islam, tentunya masjid yang selalu dalam ingatan adalah 3 tanah suci kita, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa. Secara umumnya semua umat Islam mengetahui tentang 3 masjid agung itu. Tetapi dalam entri kali ini saya akan kongsikan 20 masjid yang mungkin jarang-jarang orang tahu. Nikmatilah keindahan ini… Baca keseluruhan artikel ini
Friday, June 3rd, 2011 at
7:44 am

Alangkah indahnya jika dapat bercuti dan bersantai di pulau sekarang ni kan? Tetapi malangnya kebanyakkan dari kita ada tugas yang perlu di lakukan. Kerja masih menggunung, deadline pula dah dekat. Itu merupakan tanggungjawab kita. Tetapi tak mengapa, hari ini ZL ingin memberi idea percutian yang mungkin boleh memberi inspirasi buat anda. Dalam artikel ini ZL ingin konsikan 4 pulau tercantik di dunia yang harus anda lawati. Sama-sama kita mengagumi keindahan alam semulajadi ciptaan Allah ini. Baca keseluruhan artikel ini