TrendGaya@ZL Archives

Fixie?: 10 Fakta Mengenai Basikal Fixie

Jika anda perhatikan betul-betul di sekeliling taman perumahan anda, anda pasti pernah melihat sekumpulan remaja ataupun mungkin orang dewasa menunggang basikal yang berwarna-warni. Agak menarik melihatkan kepada bentuk dan warna yang pelbagai pada basikal ini. Tahukah anda nama basikal ini adalah fixie?

Fixie merupakan nama yang timbul daripada perkataan “fixed-gear” kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Bermakna tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak. Oleh sebab ini Baca keseluruhan artikel ini

7 Rahsia Memilih Minyak Wangi

cara memilih minyak wangi

ZL yakin ramai lelaki di luar sana yang gemar bergaya. Tetapi apa ada pada gaya jika badan anda berbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Cara penyelesaiannya mudah, terlebih dahulu anda perlu mengenakan deodoran untuk menghilangkan bau-bau yang menikam hidung. Setelah badan anda bebas dari pencemaran bau, barulah anda gunakan minyak wangi untuk membuatkan badan anda berbau harum.

Dalam artikel ini ZL ingin berkongsi beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda. Baiklah tanpa membuang masa berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba: Baca keseluruhan artikel ini