Monday, July 18th, 2011 at
12:25 am
Jika anda pertama kali melawat blog ini, sila klik butang "Like" dibawah untuk menerima hebahan/update terbaru blog ini melalui Facebook:

Alam pekerjaan adalah sangat berbeza dengan alam pengajian dan disebabkan perbezaan tersebut terdapat segelintir individu yang terpaksa mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di tempat kerja. Namun begitu, tidak semua individu mampu untuk berhadapan dengan persekitaran baru ini bahkan ada yang kecundang di tengah jalan. Baca keseluruhan artikel ini
Thursday, June 9th, 2011 at
5:15 am

Adakah anda kecewa apabila hari anda berlalu begitu sahaja tetapi masih terdapat timbunan kerja yang belum disiapkan? Kadangkala kita berasa seperti kita sedang “sibuk” tetapi tiada hasil melalui kesibukkan kita. Persoalannya disini adalah, adakah kita produktif atau sekadar “aktif”? Baca keseluruhan artikel ini
Wednesday, June 1st, 2011 at
7:23 am
Yakin diri, adalah satu jati diri yang seharusnya ada dalam setiap individu. Yakin diri disini tidak bermaksud meninggi diri tetapi lebih kepada kepercayaan terhadap keupayaan sendiri dalam melakukan sesuatu. Walau apapun matlamat yang ingin anda capai, jika anda yakin dengan potensi dan kelebihan diri sendiri, insyaAllah hasil yang anda hasilkan pasti hebat. Di dalam artikel ini ZL ingin berkongsi 10 tips meningkatkan keyakinan diri yang boleh anda cuba.
1. Mulakan hari anda dengan positif
Tiada apa yang lebih mengecewakan apabila anda memulakan hari anda dengan perasaan yang tidak elok. Kadangkala kerana marahkan kepada pemandu lain di jalan raya, diri anda yang menerima kesan Baca keseluruhan artikel ini
Thursday, March 17th, 2011 at
7:01 pm
Konflik di tempat kerja sering terjadi. Jika anda pernah bekerja dalam tempoh yang tertentu anda pasti pernah mengalami atau melihat sendiri terjadinya konflik di depan mata anda. Konflik bukan sahaja boleh menimbulkan perasaan dendam diantara pekerja, malah boleh memberikan persekitaran kerja yang tidak mesra.
Di dalam artikel ini ZL ingin berkongsi idea yang boleh anda cuba untuk mengelakkan konflik di pejabat. ZL akan berikan 5 tips bagaimana anda boleh menghalang konflik daripada berlaku. Jika anda ada sebarang tambahan sila berikan komen di bahagian paling bawah.
Baiklah sebagai permulaan, bukan mudah untuk mengawal perilaku ataupun perbuatan orang lain. Jadi untuk mengubah sesuatu keadaan, atau dalam kes kali ini konflik, cara terbaik anda perlulah mengubah diri anda. Anda mungkin tidak mampu mengubah perangai orang lain tetapi anda mampu mengubah perangai anda. Kunci untuk mengelakkan konflik di pejabat adalah diri anda sendiri.
1. Fikir dahulu sebelum bercakap
Berapa ramai orang yang bercakap mengikut perasaan. Jika anda salah seorang daripadanya, tibalah masanya untuk anda berubah. Kadangkala percakapan kita boleh menimbulkan perasaan marah orang lain. Sebelum kita buka mulut fikir dahulu kesannya kepada orang lain. Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka. Jika kita tidak suka mereka pun begitu juga. Baca keseluruhan artikel ini