Kesihatan@ZL Archives

7 Khasiat Madu Yang Perlu Anda Tahu

Pengambilan madu telah diamalkan oleh manusia zaman berzaman. Ianya telah digunakan oleh masyarakat dari pelbagai benua sebagai satu kaedah rawatan semulajadi yang berkesan. Madu juga telah disebutkan didalam kitab suci Al-Quran di Surah An-Nahl ayat ke 69 sebagai penawar kepada manusia. Di dalam artikel ini kita akan melihat 7 khasiat madu yang mungkin boleh meyakinkan anda untuk meletakkan madu sebagai satu menu dalam amalan pemakanan harian anda. Baca keseluruhan artikel ini

Antara kesalahan terbesar yang dilakukan oleh rata-rata orang yang bersukan ataupun bersenam adalah tidak memanaskan badan (warm up) terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti tersebut. Walaupun ia nampak remeh namun aktiviti memanaskan badan ini memberikan impak yang besar bukan sahaja pada badan anda malah pada prestasi anda ketika bersukan nanti.

Di dalam artikel ini ZL ingin berkongsi beberapa informasi berkaitan dengan kepentingan memanaskan badan sebelum bersukan atau bersenam agar ia menjadi tabiat (habit) yang dapat membantu anda. Berikut merupakan 7 sebab mengapa anda perlu “warm up” sebelum bersukan: Baca keseluruhan artikel ini

5 Latihan Membina Otot Dada Terbaik

Assalamualaikum, bertemu lagi kita di dalam post terbaru di dalam ruangan Kesihatan@ZL. Dalam topik kali ini ZL ingin berkongsi beberapa tips ataupun panduan latihan membina otot dada yang efektif. ZL yakin ramai lelaki diluar sana berminat untuk membina otot di bahagian dada untuk kelihatan lebih tegap.

Sebelum kita mulakan ZL ingin nasihatkan anda bahawa dalam latihan bebanan tidak memadai untuk melatih satu bahagian sahaja. Anda perlulah buat latihan pada kesemua bahagian dibadan anda agar Baca keseluruhan artikel ini

Cara Sebenar Menambah Berat Badan

Sama ada anda tahu ataupun tidak sebenarnya lelaki sangat conscious tentang berat badan. Jangan terkejut kadang-kadang sifat ini lebih dari perempuan. Lelaki tidak mahu di label sebagai “kepeng”, dan menjadi orang paling kecil dikalangan rakan-rakan sememangnya tidak membantu. Dalam fikiran kami at least biarlah ada isi dan otot sikit. Baru nampak macho!

ZL yakin ramai lelaki di luar sana tercari-cari cara menambahkan berat badan. Jangan risau, dalam artikel kali ini ZL nak kongsi sedikit info tentang cara menambah berat badan. Sebenarnya tidak susah pun. Formulanya senang sahaja. Tapi sebelum ZL mula ceritakan cara menambah berat badan, ZL nak explain kenapa sesetengah orang senang sahaja naik berat badan dan sebaliknya.

Kenapa Senang @ Susah Menambah Berat Badan?

Kenapa ada orang yang makan sedikit tetapi berat badan mereka cepat naik, dan mengapa ada yang sukar menambah berat badan? Makan berpinggan-pinggan nasi sehari pun masih kurus kering? Baiklah, biar ZL jawab. Ini kerana manusia mempunyai jenis badan yang berbeza yang dipengaruhi faktor genetik. Manusia boleh dikategorikan kepada tiga jenis badan iaitu: Baca keseluruhan artikel ini