Teknologi@ZL Archives

Mungkin anda berminat untuk mendapatkan kamera pertama anda, mungkin juga anda ingin menaik taraf kamera yang anda ada sekarang. Tetapi sebelum anda mengeluarkan duit atau kad kredit dari dompet anda, ada beberapa perkara mengenai kamera yang perlu anda tahu. Dengan maklumat ini anda dapat membuat keputusan yang tepat dalam membeli kamera yang anda idamkan. Bak kata orang dulu-dulu, alah membeli menang memakai ;)

1. Apakah tujuan anda membeli kamera?

Sebelum anda membeli kamera yang anda inginkan, tanya dahulu diri anda, “apakah tujuan saya membeli kamera ini?” Adakah sekadar suka-suka ataupun ingin menjadikannya Baca keseluruhan artikel ini

Cara Membuat Blog Percuma

cara membuat blog

Assalamualaikum. Mungkin anda pernah dengar mengenai individu yang menghasilkan ribuan ringgit setiap bulan dengan berblogging. Mungkin juga anda berminat untuk menghasilkan blog anda sendiri. Dalam artikel ini ZL nak berkongsi bagaimana cara anda boleh membuat blog percuma dengan menggunakan Blogspot. Di harap melalui artikel ini ada dapat memahami cara membuat blog dan membantu anda memulakan perjalanan pertama anda sebagai seorang blogger.

Baiklah, terdapat banyak laman web yang menawarkan blog peruma, tetapi di dalam artikel ini saya ingin fokus kepada satu sahaja iaitu Blogger. Blogger merupakan sebuah platform blog yang dimiliki oleh Google. Anda boleh mendaftar melalui link ini. Baca keseluruhan artikel ini