Zon Lelaki | Informasi Dunia Lelaki

Keputusan Penuh Indonesia vs Malaysia
Alhamdulillah pasukan bola sepak Malaysia berjaya membawa pulang emas sekaligus mengekalkan tahta sebagai juara bola sepak di dalam suka SEA 2011. Malaysia telah berjaya mengalahkan Indonesia 3-4 menerusi sepakan penalti apabila perlawanan masih terikat 1-1 setelah berkahir masa tambahan. Kedua pasukan berjaya mengharungi 90 minit yang penuh mendebarkan sebelum segalanya diakhiri dengan sepakan penalti.

Pada permulaan perlawanan Indonesia mengambil kesempatan diatas kelekaan gawang Malaysia dengan mendahului seawal minit ke-5 yang menyaksikan Gunawan menanduk masuk melalui hantaran sepakan sudut. Alhamdulillah sebelum berakhir separuh masa pertama, Malaysia bangkit menyamakan kedudukan dengan tandukan Asrarudin yang menerjah gawang.

Pasukan yang dikendali oleh Ong Kim Swee ini dijangka akan pulang ke ibu negara malam ini menggunakan pesawat Air Asia. Tahniah ZonLelaki ucapkan kepada seluruh pemain, coach, pegawai yang bertugas dan penyokong-penyokong yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara. Malaysia Boleh!

Garuda Lawan Harimau!
Malam ini akan menyaksikan perlawanan sengit diantara seteru serantau iaitu Indonesia dan Malaysia. Perlawanan dijadualkan bermula pada pukul 8 malam waktu Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta. ZL nasihatkan kepada pembaca diluar sana yang menonton perlawanan sama ada di rumah, kedai-kedai mamak mahupun skrin gergasi yang dipasang oleh pihak-pihak tertentu agar tidak lupa bersolat. Jangan kerana bola sebijik anda meruntuhkan tiang agama ini.

Malaysian ingin mempertahankan kejuaraan manakala Indonesia ingin membalas dendam atas kekalahan mereka beberapa hari lepas. Adakah Malaysia mampu mempertahankan gelaran atau adakah Indonesia akan bangkit dari kekalahan lepas? Walau apapun keputusan perlawanan pada malam ini ZL berharap kedua-dua belah pihak boleh berfikiran rasional dan tidak bertindak diluar kawalan. Jadikan kita dua negara Islam contoh di Asia Tenggara. Buang sikap permusuhan dan cari persamaan bersama.mJangan kita memprovoke ataupun memaki-hamun pihak lain hanya kerana keputusan diatas padang. Jadi matang! Jadi Profesional!

Majulah sukan untuk negara!

Final Bolasepak Sukan Sea

Indonesia U23 Vs Malaysia U23

8.00pm 21 Nov 2011

Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta

Live Di TV1, TV3, Dan Astro Arena

7 Khasiat Madu Yang Perlu Anda Tahu
Pengambilan madu telah diamalkan oleh manusia zaman berzaman. Ianya telah digunakan oleh masyarakat dari pelbagai benua sebagai satu kaedah rawatan semulajadi yang berkesan. Madu juga telah disebutkan didalam kitab suci Al-Quran di Surah An-Nahl ayat ke 69 sebagai penawar kepada manusia. Di dalam artikel ini kita akan melihat 7 khasiat madu yang mungkin boleh meyakinkan anda untuk meletakkan madu sebagai satu menu dalam amalan pemakanan harian anda.

1. Khasiat Madu Sebagai Pemberi Tenaga

Disamping rasanya yang manis dan sedap madu juga dikenali sebagai “penyuntik” tenaga semulajadi yang mampu mengelakkan kita dari keletihan. Rahsia kelebihan madu ini adalah pada kandungan karbohidrat dan glukosa yang dapat membekalkan tenaga kepada kita. Maka tidak hairanlah ahli-ahli sukan secara amnya ataupun pelari marathon secara khususnya mengamalkan madu sebelum bersukan sebagai penambah tenaga semulajadi.

2. Khasiat Madu Membantu Proses Pencernaan

Kita sebagai rakyat Malaysia mewah dengan pilihan makanan yang pelbagai. Oleh itu tidak hairanlah ramai diantara kita yang mempunyai tabiat makan yang buruk yang mengganggu proses pencernaan. Madu merupakan salah satu alternatif berkesan yang dapat membantu kita dalam proses mencernakan makanan. Amalkan madu setiap hari bagi mendapat sistem pencernaan yang baik.

3. Khasiat Madu Sebagai Bahan Antioksida

Di dalam madu terdapat sifat-sifat antioksida yang baik untuk kita. Antioksida disini bermaksud bahan yang membuang agen pengoksidaan yang merbahaya di dalam tubuh manusia. Dengan mengamalkan madu sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari anda telahpun membekalkan bahan antioksida yang bermanfaat untuk tubuh anda.

4. Khasiat Madu Sebagai Penggalak Bakteria Baik

Madu berupaya untuk menggalakkan bakteria baik didalam tubuh kita dan pada waktu yang sama mengurangkan jumlah banteria yang tidak baik. Ini penting bagi memastikan tubuh kita tidak terdedah dengan jangkitan. Madu boleh dikategorikan sebagai antibiotik semulajadi termanis didunia!

5. Khasiat Madu Sebagai Ubat Sakit Tekak

Jika anda mengalami sakit tekak yang berpanjangan anda digalakkan untuk mengambil madu sebagai rawatan alternatif dan semulajadi untuk memulihkan kesakitan anda. Minum sesudu besar madu setiap kali anda mengalami sakit tekak dan ulangi bila perlu, insyaAllah masalah sakit tekak anda akan berunsur pulih.

6. Khasiat Madu Sebagai Perawat Kulit

Fungsi madu yang mengandungi bahan antibiotik yang membunuh kuman sesuai untuk digunakan pada wajah sebagai masker. Ia berkesan untuk memulihkan jerawat, membunuh bakteria dan dalam pada masa yang sama melembapkan kulit. Anda juga boleh gunakannya pada kulit yang terluka bagi menghalang jangkitan bakteria.

7. Khasiat Madu Bagi Membantu Anda Tidur

Bagi anda yang sukar tidur anda boleh mengamalkan meminum madu yang dicampur bersama susu panas beberapa minit sebelum tidur. Kandungan asid amino, vitamin dan mineral bertindak sebagai bahan penenang semulajadi yang membantu anda tidur dengan lebih lena. Amalkan meminum madu sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

BONUS: Khasiat Madu Bagi Pasangan Berkahwin

Madu juga boleh menjadi bahan afrodisiak yang boleh membangkitkan keinginan diantara pasangan suami isteri. Jadikan amalan meminum madu untuk menghangatkan lagi hubungan suami isteri anda!

Itulah dia 7+1 khasiat madu yang perlu anda tahu dan yang boleh anda amalkan dalam diet harian anda. Madu juga sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap diabetes. Apa yang penting disini adalah, anda perlu mendapatkan stok madu yang benar-benar tulen dan bermutu. Elakkan dari membeli madu tiruan yang di campur dengan gula dan pelbagai bendasing lain yang menjejaskan khasiat dan boleh membahayakan kesihatan anda. Jangan lupa share artikel ini menggunakan butang share dibawah. Assalamualaikum.

5 Panduan Memilih Calon Isteri Menurut Islam
Institusi kekeluargaan penting di dalam Islam. Oleh kerana itulah Allah mengharamkan zina dan menyuruh umatnya berkahwin kerana dengan berkahwin seseorang itu terikat dan bertanggungjawab untuk menjaga keluarga mereka. Jika runtuh institusi kekeluargaan, maka runtuhlah juga tempat untuk anak-anak bergantung. Mereka hilang pembimbing dan akhirnya terjerumus dalam lubang kejahilan. Masalah ini akhirnya akan menyebabkan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang lebih buruk. Oleh itu berkahwinlah. Kerana ia dituntut oleh agama.

Jika anda masih belum berkahwin terdapat beberapa panduan yang digariskan dalam Islam yang seharusnya anda jadikan panduan dalam memilih isteri. Panduan yang diberikan oleh yang maha tinggi tentulah untuk kesejahteraan manusia seluruhnya. Berikut merupakan beberapa cara memilih isteri yang boleh anda jadikan panduan:

1. Pilihlah isteri yang beragama

Pada kebiasaannya kebanyakkan masa suami digunakan mencari nafkah untuk keluarga. Oleh itu kebanyakkan masa anak-anak akan dihabiskan dengan ibu mereka. Ibulah yang banyak mencorak anaknya, mengajarkan perkara-perkara yang tidak mereka ketahui. Disinilah nampaknya kepentingan seorang isteri yang mempunyai agama. Seorang isteri yang beragama juga tahu apakah yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam Islam. Mereka tahu had-had pergaulan bagi mengelakkan fitnah dan kemarahan suaminya. Alangkah indahnya mempunyai isteri yang beragama.

2.  Pilihlah isteri dari keluarga yang baik

Manusia yang berada didalam persekitaran yang baik selalunya akan menjadi baik. Mereka akan sedikit sebanyak mengikut personaliti individu terdekat dengan mereka iaitu keluarga. Jadi memilih isteri dari kalangan keluarga yang baik adalah penting dalam Islam. Ini kerana anak-anak mereka akan mengikut personaliti ibu dan bapa mereka. Dengan memilih seorang isteri dari keluarga yang baik seorang suami sebenarnya telah melakukan ikhtiar agar kebaikan keluarga mereka terus-menerus terpelihara sehingga ke anak cucu. InsyaAllah.

3. Pilihlah isteri kerana rupa paras

Perlu diingat disini bahawa rupa paras adalah subjektif. Ia bergantung pada individu itu sendiri. Oleh sebab itulah Allah menciptakan manusia dalam rupa paras dan warna kulit yang berbeza. Bagi si A mungkin wanita yang bertubuh kurus dianggap cantik manakala si B beranggap wanita yang bertubuh gempal lebih memikat hati mereka. Ini termasuklah bentuk muka, ketinggian, warna kulit dan sebagainya. Setiap manusia mempunyai definisi kecantikan mereka sendiri. Rupa paras isteri anda tidak seharusnya cantik pada pandangan orang lain, tetapi kecantikannya haruslah sesuatu yang menyejukkan mata anda. Bak kata orang, yang sedap mata memandang.

4. Pilihlah isteri yang pandai menjaga kehormatan

“Malu itu perisai orang beriman” mungkin anda pernah mendengar lirik dari lagu terkenal itu. Tetapi persoalannya, berapa ramaikah wanita yang benar-benar mempunyai rasa malu dalam diri mereka? Kini semakin ramai wanita yang semakin nipis malunya. Mereka menjerit-jerit, berkata-kata kesat tanpa segan silu, berpakaian tidak senonoh untuk menarik perhatian lelaki, dan bergaul bebas seperti manusia tidak beragama. Kerana inilah Islam mengajar kita memilih seorang isteri yang pandai menjaga kehormatan diri mereka dengan tidak berkelakuan tidak senonoh. Seorang isteri yang pandai menjaga kehormatan akan menyenangkan hati suami.

5. Pilih dari keturunan yang subur

Tiada yang lebih menggembirakan pasangan suami isteri melainkan kehadiran zuriat dalam hidup mereka. Kehadiran cahaya mata dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan menjadikan ikatan mereka lebih bermakna. Oleh itu Islam juga mengajar kita supaya memilih isteri dari keluarga yang subur agar boleh memberikan zuriat yang banyak kepada kita kelak. Pilihlah isteri yang boleh melahirkan zuriat yang menjadi penyambung keturunan kita.

Itulah beberapa kaedah memilih isteri yang boleh anda gunakan sebagai panduan. Yang terpenting dalam 5 panduan ini tentulah yang pertama iaitu memilih isteri yang beragama. Kerana dengan memilih isteri yang beragama anda sebenarnya telah melengkapkan yang selainnya. Isteri yang beragama akan membuatkan dirimu tenang dan damai. Semoga bertemu lagi dalam artikel seterusnya. Jangan lupa untuk “like” page FB ZonLelaki. Assalamualaikum!

5 Tips Menghadapi Realiti Alam Pekerjaan
Alam pekerjaan adalah sangat berbeza dengan alam pengajian dan disebabkan perbezaan tersebut terdapat segelintir individu yang terpaksa mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di tempat kerja. Namun begitu, tidak semua individu mampu untuk berhadapan dengan persekitaran baru ini bahkan ada yang kecundang di tengah jalan.

Hal ini adalah disebabkan beberapa faktor yang harus di ambil kira terutamanya bagi individu yang tidak pernah mempunyai pengalaman bekerja. Dunia sebenar pekerjaan adalah tidak seperti yang dipaparkan di dalam drama dan tidak seindah seperti apa yang difantasikan oleh seseorang individu. Berikut adalah tips penting bagi pencari kerja (job seeker) untuk menghadapi dunia sebenar alam pekerjaan.

Corak Pekerjaan Kini

Individu hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan corak pekerjaan semasa. Hal ini adalah penting bagi individu yang sedang mencari pekerjaan kerana untuk mendapat tempat bagi sesuatu jawatan atau pekerjaan individu harus bersaing dengan individu lain yang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Individu hendaklah mengkaji apakah pekerjaan yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran semasa. Jika dilihat pada perkembangan pasaran buruh semasa, pekerjaan yang mempunyai permintaan yang tinggi adalah seperti telemarketer , pereka grafik, programmer, akauntan, finance dan sebagainya.

Zaman Pengalaman

Pengalaman adalah penting pada masa kini. Jika dilihat pada iklan yang dipaparkan di dalam media massa atau media cetak 90 peratus daripada pekerjaan yang ditawarkan memerlukan individu yang mempunyai pengalaman bekerja. Di sini wujudnya persaingan sengit di antara individu yang mempunyai pengalaman bekerja dengan individu yang baru sahaja tamat pengajian. Oleh itu individu yang tidak mempunyai pengalaman bekerja haruslah tahu untuk “menjual diri” dalam erti kata yang lain tahu bagaimana untuk menyakinkan bakal majikan atau penemuduga agar tertarik dengan kelebihan yang dimiliki oleh individu terbabit yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada organisasi atau syarikat.

Komunikasi

Komunikasi merupakan salah satu medium perhubungan di mana melibatkan interaksi antara dua individu atau lebih. Adalah penting untuk individu memahami jenis komunikasi sama ada ianya adalah komunikasi sehala ataupun dua hala. Sebagai pekerja baru di dalam sesebuah organisasi individu haruslah bersedia dari aspek emosi dan mental di mana kebiasaannya individu akan terlibat dengan komunkasi sehala yang mana mereka akan sentiasa menerima arahan untuk melakukan sesuatu tugasan. Sebaliknya, jika individu di tindas individu berhak untuk bersuara tetapi hendaklah bersuara secara professional. Perbezaan usia dan jawatan juga merupakan salah satu isu di dalam sesetengah organisasi. Oleh itu, individu hendaklah tahu bagaimana cara untuk bergaul dengan pelbagai jenis lapisan di dalam organisasi tanpa merasa kekok dan hendaklah sentiasa merendah diri dan tidak sombong.

Suka atau Terpaksa

Adakah anda bekerja kerana anda sukakan pekerjaan yang anda lakukan atau anda terpaksa bekerja disebabkan anda mempunyai tanggungan seperti keluarga, pinjaman pengajian, rumah sewa, kenderaan dan sebagainya? Persoalan ini sering kali menghantui fikiran individu terutama individu yang terlalu memilih pekerjaan dan mempunyai sikap yang rigid dalam pemilihan kerjaya. Secara rasionalnya, pada masa kini sekiranya individu masih mempunyai sikap memilih pekerjaan ianya akan merugikan individu itu sendiri khususnya bagi individu yang tidak mempunyai pengalaman dalam dunia pekerjaan. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk mendapatkan pengalaman dan mendalami selok belok dalam sesebuah organisasi. Suka atau terpaksa haruslah diketepikan. Apabila individu telah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 6 bulan bekerja, barulah persoalan suka atau terpaksa diambil kira.

Kumpulan Sokongan

Setelah memasuki alam pekerjaan, adalah penting bagi individu untuk mempunyai kumpulan sokongan. Hal ini adalah kerana, minggu pertama merupakan minggu yang mungkin memberi tekanan kepada sesetengah individu dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Oleh itu dapatkan sokongan dan bantuan dari segi mental dan emosi daripada kumpulan sokongan anda. Kumpulan sokongan adalah seperti ibu bapa, rakan karib dan pasangan. Carilah orang yang sesuai untuk meluahkan apa yang terbeban di fikiran anda. Dengan mendapat sokongan daripada orang-orang yang signifikan ianya dapat membantu memotivasikan seseorang individu dan individu akan merasa dirinya dihargai dan sentiasa disokong.

Cara Mengatasi Rasa Takut Menaiki Pesawat (Aviophobia)
Rasa takut, cemas, gugup dan gelisah ketika menaiki kapal terbang merupakan perasaan yang dialami oleh mereka yang mengidap Aviophobia, sejenis fobia menaiki pesawat yang dialami oleh 64 peratus perempuan dan 36 peratus lelaki (mengikut sumber The New York Times).

Ketakutan ini bukan sahaja menimbulkan kegelisahan kepada penghidapnya, malah turut menggangu hidup mereka yang terpaksa berhadapan dengan masalah apabila mereka tidak dapat menaiki kapal terbang untuk urusan kerjaya mereka.

Diantara orang terkenal yang menghidap aviophobia adalah Dennis Bergkamp, bekas pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris dari kelab Arsenal. Beliau terpaksa menggunakan jalan darat dengan menaiki keretapi ataupun kereta untuk perlawanan di tempat lawan dek kerana terlalu takut untuk menaiki kapal terbang. Fobia yang dialaminya ini menyebabkan dia diejek sebagai “Non-Flying Dutchman”.

Ketakutan ini bukan asing, malah jika anda pertama kali menaiki kapal terbang mungkin juga anda mengalami perasaan yang sama. Namun begitu seseorang yang mengidap aviophobia selalunya mengalami takut yang lebih kronik dan melampau sehingga boleh mengganggu emosi mereka.

Di dalam artikel ini ZL akan kongsikan beberapa tips untuk mengatasi masalah aviophobia, atau sekurang-kurangnya mengurangkan perasaan gugup tersebut. Dibawah merupakan 5 tips mengatasi rasa takut ketika menaiki kapal terbang yang boleh anda cuba.

1. Cuba sampai ke lapangan terbang lebih awal

Bayangkan… Apabila anda lewat ke lapangan terbang dada anda akan berdebar-debar kerana risau kapal terbang akan berlepas meninggalkan anda. Anda bergerak dengan lebih pantas sehingga jantung anda berdenyut dengan lebih kencang. Apakah perasaan anda ketika itu? Sememangnya ia tidak akan membantu anda yang mengalami masalah aviophobia, malah menjadikan anda lebih teruk! Cuba sampai sejam atau dua jam lebih awal agar anda boleh relaks dan memasuki pesawat dengan lebih tenang.

2. Pilih kerusi yang sesuai untuk anda

Jika anda mengalami aviophobia kemungkinan besar anda juga akan mengalami claustrophobic iaitu perasaan takut terhadap ruang yang kecil. Oleh itu pastikan anda memilih kerusi yang benar-benar selesa buat anda. Pilih kerusi yang lebih luas jika ada dan kawasan sekeliling yang tidak terlalu sempit. Anda juga dinasihatkan untuk duduk di hadapan kerana gelora ketika penerbangan akan lebih terasa dibahagian tengah pesawat.

3. Jangan minum kopi ataupun minuman berkafein

Walaupun anda merupakan penggemar kopi elakkan dari meminum air kegemaran anda tersebut. Minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh membuatkan minda kita lebih “hiper” dan menjadikan kita lebih gelisah ketika didalam ketakutan. Elakkan dari meminum minuman tersebut dan anda dinasihatkan untuk cuma meminum air masak sahaja sebelum menaiki pesawat.

4. Dengar Al-Quran atau lagu yang menenangkan

Jika anda takut untuk menaiki kapal terbang ZL nasihatkan agar anda melabur sedikit dengan membeli alat MP3 untuk kegunaan ketika menaiki kapal terbang. Penuhkan alat MP3 itu dengan alunan ayat-ayat Al-Quran agar anda akan menjadi lebih tenang. Untuk yang tidak beragama Islam, anda boleh dengar lagu-lagu yang instrumental yang boleh menenangkan anda. Elakkan dari mendengar lagu-lagu yang bising yang mampu membuatkan anda lebih gelisah.

5. “Sibukkan” diri anda

Lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengalih perhatian anda terhadap perasaan takut anda tersebut. Sebagai contoh jika anda menaiki kapal terbang yang menyediakan panel televisyen, tonton cerita yang anda gemari, walaupun anda telah menontonya beberapa kali. Anda juga boleh membaca buku ataupun novel yang anda bawa dari rumah. Penuhkan masa anda dengan aktiviti yang boleh membuatkan anda leka dan seterusnya terlupa tentang perasaan takut yang anda alami tersebut.

6. Cuba latihan pernafasan (deep breathing)

Anda digalakkan untuk mencuba latihan diatas jika anda mengalami masalah aviophobia. Latihan ini mampu membuatkan anda berasa lebih tenang dan fokus seterusnya menghilangkan perasaan takut yang anda alami. Cara yang anda boleh lakukan adalah dengan menutup mata anda, tarik nafas dalam-dalam menggunakan perut, tahan, kemudian hembus perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali sambil mengosongkan fikiran anda. InsyaAllah dengan cara ini anda akan berasa lebih tenang.

7. Beritahu Pegawai Penerbangan

Anda tidak perlu malu untuk memberitahu orang bahawa anda mengalami aviophobia. Beritahu pramugara atau pramugari yang bertugas bahawa anda mempunyai masalah tersebut. Selalunya mereka mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan penumpang yang mengalami aviophobia, mengikut latihan yang mereka terima. Selalunya mereka akan memberikan bantal dan selimut, dan beberapa cara lain bagi memastikan penumpang lebih tenang ketika dalam penerbangan.

Diharap artikel kali ini dapat memberi manfaat untuk anda yang teringin menaiki kapal terbang, tetapi mengalami aviophobia. Jangan lupa untuk share artikel ini menggunakan butang dibawah jika anda rasa ia bermanfaat untuk rakan-rakan anda.

Ingin Bercuti? Periksa Ini Dahulu!
Wah seronoknya dapat bercuti! Segala kelengkapan telah disiapkan. Senarai tempat yang perlu dilawati juga telah lama tertulis dalam buku nota. Didalamnya terdapat juga senarai barang-barang yang dikirim oleh sahabat dan saudara-mara. “Percutian kali ini pasti menjadi suatu pengalaman yang terindah”, kata-kata itu terpacul dari mulut Karim tanpa dia sendiri sedari, mungkin kerana terlalu gembira.

Tiba di lapangan terbang KLIA dialah orang pertama yang berlari kearah tempat letak troli. Memang teruja sungguh! Karim pun menolak troli yang sarat berisi pakaian dan sedikit makanan untuk menjadi bekalan ketika di negara orang nanti. Dia dapat “check in” tanpa banyak halangan. “Hari ini hari bertuah aku kot, tak ramai orang”.

Karim segera menolak troli ke arah kaunter imigresen, “ini halangan terakhirku, selepas ini aku akan terbang melayang seperti helang!”, teriak hatinya gembira sambil mendepakan tangan bak burung. Karim kemudiannya menyerahkan paspot sambil menyapa gadis yang menjaga kaunter imigresen. “Cun juga gadis imigresen ini”, katanya di dalam hati diiringi senyuman yang masih melekat di bibir.

Tiba-tiba sesuatu yang tidak diingini berlaku. Ia datang seperti ribut yang menghempas apa sahaja yang menghalang laluannya. “Maaf encik… Emmm” kata gadis kaunter imigresen dengan suara yang tersekat-sekat dan wajah yang tidak selesa. Mungkin dia tidak sampai hati untuk menyampaikan berita buruk yang bakal diterima oleh Karim sebentar sahaja lagi! ”Emmm… Encik tidak dibenarkan keluar negara kerana disenaraihitam oleh PTPTN”(!). Alangkah malangnya nasib Karim, kini beliau terdampar di KLIA diselubungi seribu penyesalan.

Mungkin cerita fiksyen diatas boleh menjadi bahan hiburan untuk kita tetapi realitinya ia berlaku. Ramai peminjam PTPTN yang tidak dibenarkan keluar negara kerana gagal membayar balik pinjaman pendidikan yang mereka perolehi semasa belajar dahulu. Jika anda berhasrat untuk keluar negara dan belum pernah membuat bayaran pinjaman PTPTN, saya syorkan anda sekurang-kurangnya bayar sedikit kepada PTPTN bagi mengelakkan anda dari dihalang untuk keluar negara.

Anda juga boleh memeriksa status anda, sama ada nama anda disenaraihitamkan oleh PTPTN ataupun tidak. Caranya adalah dengan menggunakan portal yang disediakan oleh PTPTN. Klik link dibawah untuk memeriksa status anda. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik “semak”. Jika anda bernasib baik status anda akan tertulis seperti dibawah. Selamat mencuba dan jangan lupa bayar ya!

Periksa status disini: http://eform.ptptn.gov.my:8080/blacklist/login.cfm

Sila share menggunakan butang dibawah jika anda rasa rakan anda perlu baca artikel ini

7 Sebab Mengapa Anda Perlu “Warm Up” Sebelum Bersukan
Antara kesalahan terbesar yang dilakukan oleh rata-rata orang yang bersukan ataupun bersenam adalah tidak memanaskan badan (warm up) terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti tersebut. Walaupun ia nampak remeh namun aktiviti memanaskan badan ini memberikan impak yang besar bukan sahaja pada badan anda malah pada prestasi anda ketika bersukan nanti.

Di dalam artikel ini ZL ingin berkongsi beberapa informasi berkaitan dengan kepentingan memanaskan badan sebelum bersukan atau bersenam agar ia menjadi tabiat (habit) yang dapat membantu anda. Berikut merupakan 7 sebab mengapa anda perlu “warm up” sebelum bersukan:

1. Mengelakkan Kecederaan

ZL yakin rata-rata dari kita tahu bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk mengelakkan kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan. Sesebuah kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum ia dapat bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin. Begitu juga dengan tubuh kita. Jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.

2. Meningkatkan Prestasi

Mengikut kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka yang tidak memanaskan badan. Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot menyebabkan pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan lebih pantas.

3. Mengelakkan Kekejangan Otot

Seperti yang saya terangkan diatas aktiviti memanaskan badan membuatkan darah mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan sahaja membawa nutrien malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan oksigen dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan otot dan cara untuk mengelakkannya adalah dengan memanaskan badan sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi.

4. Menyesuaikan Kadar Denyutan Jantung Anda

Memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar lagi. Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia tidak “terkejut” dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba.

5. Mengurangkan Kesakitan Selepas Bersukan

Kadangkala apabila kita melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan penggunaan kapisiti otot yang tinggi seperti bersukan dan bersenam, kita akan merasai kesannya apabila kita bangun dari tidur keesokkan harinya. Ia merupakan kesan daripada aktiviti berat yang kita lakukan. Dengan memanaskan badan terlebih dahulu anda dapat mengurangkan kesakitan selepas bersukan.

6. Membantu Anda Tahan lebih Lama

Apabila kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik. Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita berasa letih dan dan tidak bermaya. Memanaskan badan dapat mengelakkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita dapat bertahan lebih lama ketika bersukan atau bersenam.

7. Membantu Anda Relaks Dan Fokus

Secara psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu anda bersedia. Kita dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih fokus sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan badan anda akan menjadi lebih relaks dan berada di dalam “zon” anda sendiri. Ini dapat membantu anda memberi tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan.

Itulah dia 7 sebab mengapa anda perlu “warm up” sebelum bersukan atau bersenam. ZL harap artikel ini dapat memberi tambahan ilmu kepada anda. Jika anda rasa artikel ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan anda, klik butang dibawah untuk “share”. Assalamualaikum.

7 Tips Memulakan Perniagaan Internet
Jika anda ingin memulakan perniagaan internet tiada masa yang lebih baik daripada sekarang. Dengan harga broadband yang semakin murah dan wujudnya keyakinan pengguna terhadap membeli-belah dalam talian (online shopping), teramat rugi jika anda tidak memulakan perniagaan internet anda sendiri. Di dalam artikel ini ZL akan berkongsi sedikit ilmu yang ZL ada dalam perniagaan internet dan memberikan anda sedikit tips bagaimana anda dapat memulakan perniagaan internet anda sendiri. Berikut merupakan 7 Tips Memulakan Perniagaan Internet:

1. Belajar Asas Perniagaan Internet

Jika anda ingin memulakan apa-apa sekalipun anda haruslah mempunyai ilmu terutama sekali dalam perniagaan internet. Mulakan dengan membaca asas perniagaan internet dan jangan toleh kebelakang lagi. Mulakan sahaja perniagaan anda dengan asas yang anda pelajari dan dari situ anda mula belajar sedikit demi sedikit sehingga anda menjadi pakar dalam bidang yang anda ceburi. Anda tidak perlu mengkaji dari A sampai Z sekaligus kerana mungkin akan membuatkan anda hilang tumpuan ataupun lebih teruk lagi, tidak mula langsung!

2. Membuat Perancangan Produk

Sebelum anda memulakan perniagaan internet anda haruslah membuat perancangan tentang jenis perniagaan internet yang anda ingin lakukan. Adakah anda ingin menjual produk fizikal ataupun digital (seperti ebook dan sebagainya)? Adakah anda ingin menawarkan servis seperti design ataupun menulis artikel? Buat perancangan rapi tentang produk-produk yang anda ingin tawarkan melalui internet dengan itu anda akan menjadi lebih fokus.

3. Ketahui Kos Yang Mungkin Ada

Memang tidak dapat dinafikan kos untuk memulakan perniagaan internet secara “home based” sangat rendah jika di bandingkan dengan kos memulakan perniagaan secara fizikal di mana perniagaan secara fizikal memerlukan kedai dan sebagainya. Tetapi anda harus ingat, kos ini boleh datang dalam dua bentuk, pertama adalah wang dan yang keduanya adalah masa.

Bagi mereka yang mempunyai wang mereka boleh menjimatkan masa mereka dengan mengupah orang lain untuk membina laman web dan sebagainya tetapi jika anda kekurangan bajet, kos yang perlu anda tanggung adalah masa untuk mempelajari perkara teknikal sebelum memulakan perniagaan anda.

Anda perlu bijak untuk mengimbangi keduanya, jika sesuatu itu perlu di outsource kerana anda tidak mempunyai kepakaran seperti design website dan sebagainya, upah sahaja sesiapa untuk melakukannya manakala jika ia mudah, lakukan sahaja sendiri bagi menjimatkan kos anda.

4. “Tahu” Perkara Teknikal

Adalah sangat penting bagi seorang usahawan internet untuk sekurang-kurangnya tahu perkara asas yang bersifat teknikal seperti setup hosting, domain name dan sebagainya. Ini kerana ia akan membuatkan anda kehilangan bajet lebih pantas dari air mengalir jika semua perkara seperti ini anda ingin outsource (upah).

Perhatikan pilihan perkataan yang saya gunakan iaitu perkataan “tahu” bukan “pakar”. Anda tidak perlu menjadi pakar dalam perkara ini, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu serba sedikit. Contoh perkara teknikal yang anda perlu tahu adalah, cara install blog wordpress, cara konfigurasi domain dan server, cara untuk setup email dan sebagainya.

5. Rancang Waktu Kerja Anda

Jika anda ingin memulakan perniagaan internet secara part time anda haruslah merancang waktu kerja anda dengan efisien. Ini kerana tanggungjawab utama anda adalah untuk menyudahkan terlebih dahulu kerja anda, barulah anda fokus kepada perniagaan internet anda. Rancang kerja anda dengan baik supaya anda ada masa untuk membangunkan perniagaan internet anda. Pastikan anda gunakan masa yang diperuntukkan untuk perniagaan anda sebaiknya untuk mendapatkan hasil yang anda mahukan.

6. Rancang Kewangan Anda

Walaupun perniagaan internet secara home based secara zahirnya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi namun terdapat kos-kos sampingan yang mungkin menyebabkan dompet anda kering, lebih-lebih lagi jika anda baru bermula. Rancang kewangan anda dengan baik sebelum anda mulakan perniagaan anda. Letakkan sedikit wang sebagai “tabung kecemasan” untuk menyiapkan diri atas sesuatu yang tidak dijangka. Mungkin anda memerlukannya untuk membayar kos pengiklanan dan sebagainya. Yang penting anda perlu bijak mengurus wang anda.

7. Take Action! (Mulakan!)

Anda mungkin teruja untuk mempelajari sebanyak mungkin tentang perniagaan internet. Anda pun membaca pelbagai blog dan panduan yang boleh anda cari. Walaupun tidak salah tetapi ia boleh menyebabkan anda mengalami “information overload” dimana anda mengetahui terlalu banyak perkara sehingga anda tidak tahu bagaimana hendak bermula. Apa yang saya cadangkan melalui pengalaman adalah supaya anda mulakan sahaja setelah anda mengetahui asas. Gunakan konsep “buat sambil belajar” dimana perkataan itu saya reka sendiri

Itulah dia 7 Tips Memulakan Perniagaan Internet yang boleh saya kongsikan. Jangan lupa share artikel ini menggunakan butang dibawah. Assalamualaikum.

Taman Negara: Maklumat, Tips dan Aktiviti Menarik
Taman Negara yang pernah dikenali sebagai King George IV National Park, merupakan tempat pelancongan semulajadi terbesar di Malaysia. Ia di wartakan sebagai Taman Negara sejak 1938 dan merupakan kawasan semulajadi yang masih “dara” kerana dijaga rapi. Seluas 4,343 kilometer persegi Taman Negara meliputi 3 negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Di dalam artikel ini ZL akan berkongsi beberapa maklumat mengenai Taman Negara, sedikit tips dan beberapa aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disana. Di harap ia boleh menjadi satu destinasi yang mungkin tersenarai di dalam perancangan anda ketika cuti nanti

Cara Ke Taman Negara

Pintu masuk ke Taman Negara adalah di Kuala Tahan. Jika anda dari Kuala Lumpur atau Kuantan anda boleh ke Taman negara melalui beberapa cara.

Cara pertama: anda boleh menaiki bas dari Hentian Pudu atau Stesen Bas Kuantan ke Jerantut (lebih kurang 3 jam perjalanan). Apabila tiba di Jerantut anda boleh menaiki bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling (lebih kurang 16KM). Di Jeti Kuala Tembeling pula anda perlu menaiki bot untuk sampai ke Taman Negara di Kuala Tahan.

NOTA: Perkhidmatan bot di Jeti Kuala Tembeling hanya pada pukul 9 pagi dan 2 petang setiap hari.

Cara kedua: Jika anda tidak mahu menaiki bot dan anda mempunyai kenderaan sendiri, sebagai alternatif anda juga boleh memandu terus ke Kuala Tahan.

Keperluan Untuk Memasuki Taman Negara

Pihak berkuasa mewajibkan pengunjung Taman Negara mendapatkan permit dan lesen untuk melakukan sebarang aktiviti di Taman Negara. Anda boleh mendapatkan permit dan lesen tersebut di kaunter Jabatan Perhilitan yang berada di jeti Kuala Tembeling ataupun di Kuala Tahan. Harga permit adalah seperti di bawah:

Permit masuk: RM1 seorang

Lesen memancing: RM10 per rod

Lesen kamera: RM5 seunit

Yuran perkemahan: RM2 seorang

Jambatan kanopi: RM5

Observation hide (bumbun): RM5 seorang/malam

Tempat Penginapan Di Taman Negara

Jika anda di Taman Negara terdapat beberapa pilihan yang boleh dijadikan tempat penginapan untuk anda. Di Kuala Tahan misalnya terdapat beberapa chalet dan hotel yang dilengkap pelbagai kelengkapan seperti sumber elektrik dan air bersih. Anda juga boleh memilih untuk tinggal di dalam “Hide” yang dipanggil bumbun ataupun tinggal sahaja di dalam lodge yang disediakan untuk pengunjung. Lodge ini boleh didapati di Kuala Terengan, Kuala Kenyam dan lodge khusus untuk pemancing di Lata Berkoh dan Kuala Perkai.

Aktiviti Menarik Di Taman Negara

Jika anda ke Taman Negara tidak lengkap rasanya jika anda tidak ke Jambatan Kanopi. Jambatan kanopi ini merupakan jambatan kanopi hutan terpanjang didunia yang merentasi sehingga 400 meter panjang. Anda akan berada tinggi diatas jambatan yang merentasi pokok-pokok yang menutupi bumi. Anda juga boleh mengikuti jungle-trekking sambil menikmati keindahan hutan yang mengandungi spesis tumbuhan dan haiwan yang pelbagai jenis. Jika anda inginkan lebih cabaran, anda juga boleh mendaki Gunung Tahan yang berketinggian 2,187 meter.

Seterusnya anda boleh ke bumbun yang paling popular iaitu Tahan Hide (200m dari pejabat Taman Negara) yang mempunyai kolam garam yang disukai oleh haiwan. Di sana anda berpeluang untuk melihat haiwan kerana ia merupakan tempat haiwan menjilat garam. Antara bumbun lain yang tidak kurang popular adalah seperti Tabing, Cegar Anjing, Belau, Yong dan Kumbang.

Pada mereka yang gemarkan aktiviti air anda boleh mengikuti river trip sepanjang sungai di Taman Negara. Antara sungai yang terdapat di Taman Negara ini adalah Sungai Tahan, Lata Berkoh, Sungai Tembeling. Dengan mengikuti river trip anda dapat merentasi hutan dengan cepat sambil melihat pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan. Anda juga boleh ke Lubuk Tenor untuk melawat kawasan perlindungan kelah dimana anda dapat memberi makan kepada ikan kelah sambil melihat dengan lebih dekat ikan yang terkenal di Taman Negara ini.

Di Taman Negara juga terdapat gua-gua yang menanti pengunjung apabila mereka datang kesini. Gua-gua seperti Gua Telinga, Gua Daun Menari, Gua Besar, Gua Kepayang, Gua Luas dan Gua Peringat pasti memberikan pengalaman yang tersendiri untuk setiap pengunjung yang memasukinya. Jika anda berminat anda juga boleh membuat lawatan ke rumah orang asli dari kaun Batak di Kampung Yong dan Sungai Tiang, dan melihat sendiri cara hidup mereka disana.

Tips Untuk Pengunjung

Pakai pakaian yang longgar dan selesa.

Pastikan anda memakai kasut dan stokin apabila berjalan di dalam hutan.

Bawa jaket kalis air kerana mungkin cuaca akan menjadi sejuk.

Sila ikut laluan yang disediakan/ditanda dan jangan merayau bersendirian.

Sila beritahu rakan atau keluarga anda apabila anda ke Taman Negara dan maklumkan tarikh anda pulang.

Taman Negara merupakan tempat terbaik untuk mereka yang gemarkan alam semulajadi, tumbuhan dan haiwan. Di harap artikel ini dapat memberi informasi dan maklumat yang diperlukan untuk anda ke Taman Negara. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, sila share menggunakan butang dibawah.