
Malam ini akan menyaksikan perlawanan sengit diantara seteru serantau iaitu Indonesia dan Malaysia. Perlawanan dijadualkan bermula pada pukul 8 malam waktu Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta. ZL nasihatkan kepada pembaca diluar sana yang menonton perlawanan sama ada di rumah, kedai-kedai mamak mahupun skrin gergasi yang dipasang oleh pihak-pihak tertentu agar tidak lupa bersolat. Jangan kerana bola sebijik anda meruntuhkan tiang agama ini.
Malaysian ingin mempertahankan kejuaraan manakala Indonesia ingin membalas dendam atas kekalahan mereka beberapa hari lepas. Adakah Malaysia mampu mempertahankan gelaran atau adakah Indonesia akan bangkit dari kekalahan lepas? Walau apapun keputusan perlawanan pada malam ini ZL berharap kedua-dua belah pihak boleh berfikiran rasional dan tidak bertindak diluar kawalan. Jadikan kita dua negara Islam contoh di Asia Tenggara. Buang sikap permusuhan dan cari persamaan bersama.mJangan kita memprovoke ataupun memaki-hamun pihak lain hanya kerana keputusan diatas padang. Jadi matang! Jadi Profesional!
Majulah sukan untuk negara!
Final Bolasepak Sukan Sea
Indonesia U23 Vs Malaysia U23
8.00pm 21 Nov 2011
Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
Live Di TV1, TV3, Dan Astro Arena


0