Alhamdulillah pasukan bola sepak Malaysia berjaya membawa pulang emas sekaligus mengekalkan tahta sebagai juara bola sepak di dalam suka SEA 2011. Malaysia telah berjaya mengalahkan Indonesia 3-4 menerusi sepakan penalti apabila perlawanan masih terikat 1-1 setelah berkahir masa tambahan. Kedua pasukan berjaya mengharungi 90 minit yang penuh mendebarkan sebelum segalanya diakhiri dengan sepakan penalti.

Pada permulaan perlawanan Indonesia mengambil kesempatan diatas kelekaan gawang Malaysia dengan mendahului seawal minit ke-5 yang menyaksikan Gunawan menanduk masuk melalui hantaran sepakan sudut. Alhamdulillah sebelum berakhir separuh masa pertama, Malaysia bangkit menyamakan kedudukan dengan tandukan Asrarudin yang menerjah gawang.

Pasukan yang dikendali oleh Ong Kim Swee ini dijangka akan pulang ke ibu negara malam ini menggunakan pesawat Air Asia. Tahniah ZonLelaki ucapkan kepada seluruh pemain, coach, pegawai yang bertugas dan penyokong-penyokong yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara. Malaysia Boleh!

Artikel Yang Mungkin Anda Suka: