Monday, June 20th, 2011 at
7:06 am

Wah seronoknya dapat bercuti! Segala kelengkapan telah disiapkan. Senarai tempat yang perlu dilawati juga telah lama tertulis dalam buku nota. Didalamnya terdapat juga senarai barang-barang yang dikirim oleh sahabat dan saudara-mara. “Percutian kali ini pasti menjadi suatu pengalaman yang terindah”, kata-kata itu terpacul dari mulut Karim tanpa dia sendiri sedari, mungkin kerana terlalu gembira.
Tiba di lapangan terbang KLIA dialah orang pertama yang berlari kearah tempat letak troli. Memang teruja sungguh! Karim pun menolak troli yang sarat berisi pakaian dan sedikit makanan untuk menjadi bekalan ketika di negara orang nanti. Dia dapat “check in” tanpa banyak halangan. “Hari ini hari bertuah aku kot, tak ramai orang”. Baca keseluruhan artikel ini
Thursday, June 16th, 2011 at
10:27 am
Antara kesalahan terbesar yang dilakukan oleh rata-rata orang yang bersukan ataupun bersenam adalah tidak memanaskan badan (warm up) terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti tersebut. Walaupun ia nampak remeh namun aktiviti memanaskan badan ini memberikan impak yang besar bukan sahaja pada badan anda malah pada prestasi anda ketika bersukan nanti.
Di dalam artikel ini ZL ingin berkongsi beberapa informasi berkaitan dengan kepentingan memanaskan badan sebelum bersukan atau bersenam agar ia menjadi tabiat (habit) yang dapat membantu anda. Berikut merupakan 7 sebab mengapa anda perlu “warm up” sebelum bersukan: Baca keseluruhan artikel ini
Wednesday, June 15th, 2011 at
5:35 am
Jika anda ingin memulakan perniagaan internet tiada masa yang lebih baik daripada sekarang. Dengan harga broadband yang semakin murah dan wujudnya keyakinan pengguna terhadap membeli-belah dalam talian (online shopping), teramat rugi jika anda tidak memulakan perniagaan internet anda sendiri. Di dalam artikel ini ZL akan berkongsi sedikit ilmu yang ZL ada dalam perniagaan internet dan memberikan anda sedikit tips bagaimana anda dapat memulakan perniagaan internet anda sendiri. Berikut merupakan 7 Tips Memulakan Perniagaan Internet: Baca keseluruhan artikel ini
Monday, June 13th, 2011 at
4:12 pm

Taman Negara yang pernah dikenali sebagai King George IV National Park, merupakan tempat pelancongan semulajadi terbesar di Malaysia. Ia di wartakan sebagai Taman Negara sejak 1938 dan merupakan kawasan semulajadi yang masih “dara” kerana dijaga rapi. Seluas 4,343 kilometer persegi Taman Negara meliputi 3 negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Di dalam artikel ini ZL akan berkongsi beberapa maklumat mengenai Taman Negara, sedikit tips dan beberapa aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disana. Di harap ia boleh menjadi satu destinasi yang mungkin tersenarai di dalam perancangan anda ketika cuti nanti
Baca keseluruhan artikel ini