Thursday, March 31st, 2011 at
3:50 am

Assalamualaikum. Mungkin anda pernah dengar mengenai individu yang menghasilkan ribuan ringgit setiap bulan dengan berblogging. Mungkin juga anda berminat untuk menghasilkan blog anda sendiri. Dalam artikel ini ZL nak berkongsi bagaimana cara anda boleh membuat blog percuma dengan menggunakan Blogspot. Di harap melalui artikel ini ada dapat memahami cara membuat blog dan membantu anda memulakan perjalanan pertama anda sebagai seorang blogger.
Baiklah, terdapat banyak laman web yang menawarkan blog peruma, tetapi di dalam artikel ini saya ingin fokus kepada satu sahaja iaitu Blogger. Blogger merupakan sebuah platform blog yang dimiliki oleh Google. Anda boleh mendaftar melalui link ini. Baca keseluruhan artikel ini
Thursday, March 17th, 2011 at
7:01 pm
Konflik di tempat kerja sering terjadi. Jika anda pernah bekerja dalam tempoh yang tertentu anda pasti pernah mengalami atau melihat sendiri terjadinya konflik di depan mata anda. Konflik bukan sahaja boleh menimbulkan perasaan dendam diantara pekerja, malah boleh memberikan persekitaran kerja yang tidak mesra.
Di dalam artikel ini ZL ingin berkongsi idea yang boleh anda cuba untuk mengelakkan konflik di pejabat. ZL akan berikan 5 tips bagaimana anda boleh menghalang konflik daripada berlaku. Jika anda ada sebarang tambahan sila berikan komen di bahagian paling bawah.
Baiklah sebagai permulaan, bukan mudah untuk mengawal perilaku ataupun perbuatan orang lain. Jadi untuk mengubah sesuatu keadaan, atau dalam kes kali ini konflik, cara terbaik anda perlulah mengubah diri anda. Anda mungkin tidak mampu mengubah perangai orang lain tetapi anda mampu mengubah perangai anda. Kunci untuk mengelakkan konflik di pejabat adalah diri anda sendiri.
1. Fikir dahulu sebelum bercakap
Berapa ramai orang yang bercakap mengikut perasaan. Jika anda salah seorang daripadanya, tibalah masanya untuk anda berubah. Kadangkala percakapan kita boleh menimbulkan perasaan marah orang lain. Sebelum kita buka mulut fikir dahulu kesannya kepada orang lain. Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka. Jika kita tidak suka mereka pun begitu juga. Baca keseluruhan artikel ini
Tuesday, March 15th, 2011 at
6:33 pm

Wah! Apakah itu Fiverr? Apa yang ZL merepek ni? Mungkin itu perkara yang bermain di fikiran anda sekarang. Tetapi jangan salah anggap. ZL belum “demam” lagi. Masih sihat! Emmm.. Fiverr = Fever?.. Dapat tak joke tu?
Anyway, hari ini ZL nak berkongsi peluang bagi anda yang ingin membuat pendapatan sampingan. Jika anda ada kemahiran yang tertentu, anda boleh buat duit lebih secara part time hanya bekerja dari rumah. Bagaimana caranya? Bagaimana lagi kalau bukan dengan Fiverr!
Apakah itu Fiverr?
Fiverr adalah sebuah laman web yang menyediakan ruang atau marketplace bagi sesiapa yang ingin menawarkan dan mencari servis. Dari menulis artikel sehinggalah menghantar poskad dari New York! Berbagai servis yang anda boleh dapat di Fiverr.
Yang menariknya semua servis yang terdapat disitu hanya berharga 5 USD ataupun dalam Ringgit Malaysia cuma RM15-RM20 sahaja! Entri kali ini ZL bukan nak menulis tentang servis yang anda boleh dapat disitu tetapi lebih Baca keseluruhan artikel ini
Tuesday, March 15th, 2011 at
6:28 am
Sama ada anda tahu ataupun tidak sebenarnya lelaki sangat conscious tentang berat badan. Jangan terkejut kadang-kadang sifat ini lebih dari perempuan. Lelaki tidak mahu di label sebagai “kepeng”, dan menjadi orang paling kecil dikalangan rakan-rakan sememangnya tidak membantu. Dalam fikiran kami at least biarlah ada isi dan otot sikit. Baru nampak macho!
ZL yakin ramai lelaki di luar sana tercari-cari cara menambahkan berat badan. Jangan risau, dalam artikel kali ini ZL nak kongsi sedikit info tentang cara menambah berat badan. Sebenarnya tidak susah pun. Formulanya senang sahaja. Tapi sebelum ZL mula ceritakan cara menambah berat badan, ZL nak explain kenapa sesetengah orang senang sahaja naik berat badan dan sebaliknya.
Kenapa Senang @ Susah Menambah Berat Badan?
Kenapa ada orang yang makan sedikit tetapi berat badan mereka cepat naik, dan mengapa ada yang sukar menambah berat badan? Makan berpinggan-pinggan nasi sehari pun masih kurus kering? Baiklah, biar ZL jawab. Ini kerana manusia mempunyai jenis badan yang berbeza yang dipengaruhi faktor genetik. Manusia boleh dikategorikan kepada tiga jenis badan iaitu: Baca keseluruhan artikel ini